Thursday, May 28

musuh dalam selimut


rosaknya wanita

Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.


a. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.

b. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.

c. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam, seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

d. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian, kasut dan lain-lain.

e. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.

f. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca, dialog dan lain-lainnya.

g. Program perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul, seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita."

Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu."


3 comments:

Afe Oth said...

betul.

muhammad bin mohamed kamil said...

emmmm,renung2kanlah afe...

Anonymous said...

sya stuju...smga kita sntiasa mntarbiyyah diri ke arah yg lbh baik...utk mujahidah2 solehah di luar sna ketahuilah hijab & batasan prgaulan yg d tetapkan Allah bkn lah bererti utk mmberi kesusahan kpda kita ttpi utk meletakkan kita (WANITA) di tmpt @ drjat yg tngii, utk memuliakan kita & yg plg pntg utk memlihara maruah kita krna trletaknya ketinggian martabat ssorg wanita itu adlh menerusi ktinggiah akhlak, maruah & budi pekrti.. insyAllah...wallahualam..