Monday, May 18

pergi tak kembali

tanggal 14 mei 2009
jam menunjukkan pukul 2 petang
bermulalah kelas ekonomi seperti biasa

baru je 10minit pelajaran dimulakan
hanset ku bergetar
jangkaanku hanya getaran sms masuk
getaran berterusan
ku lihat no ayahku terpampang keluar di skrin hanset
aku perlu menjawabnya, jenuh hatiku
aku menundukkan sedikit kepalaku
mengelak dari dilihat dan disedari si pensyarah cina dihadapan kelas
aku lantas menekan butang answer

"assalamualaikum ayah",jawabku penuh sopan
ayahku membalas salamku
"minta maaf ayah,saya ada kelas"jawabku lagi
biasanya ayahku akan menjawab "takpe la mamat,nanti ayah call lagi"
tapi ketika itu ayah aku terdiam sementara
dijawabnya "takpe la mamat"
tidak disambung,senyap seketika
aku menanti bila ayah akan berkata"nanti ayah call lagi"
tiba2 ayahku bersuara
"atuk abah dah meninggal"
aku terdiam seketika, kemudian automatik terpacul dari mulutku "Innalillah wainnailaihirabbina lamunkalibun"

aku tergamam,terdiam sementara

perbualan diteruskan
hinggalah aku menekan butang 'end call'

emmmm,fikirku...atukku telah pergi
terus aku sedekahkan Al-Fatihah buatnya

selang beberapa minit kemudian,sepupuku pula menelefon ku
mengkhabarkan berita yang sama
disuruhnya aku bersiap untuk pulang ke kampung

aku hilang fokus untuk belajar
aku paksa diriku untuk belajar juga
aku tak mau bazirkan masa begitu saja

aku tekadkan diri akan keluar masa rehat nanti

selepas 50minit menanti
akhirnya waktunya tiba, tapi lecturer memberitahu tidak ada rehat untuk hari itu
aku pening, kusut "macam mana nak keluar ni",rungutku
kawan disebelah ku menyuruh aku keluar juga
aku lantas akur dengan suruhannya dia
tapi memang aku perlu keluar juga pada masa itu
walau yanpa disuruh sesiapa
aku berjalan terus menuju pintu
tanpa menoleh kepada sesiapa


sampai sahaja dibilik
aku terus mengemas barang2ku
disumbatnya dalam beg galasku
dengan sabar aku menanti ketibaan sepupu
tidak juga datang
pelik
hairan
"tadi kata nak datang jemput",rungut diriku
emmm,aku bersangka baik "mungkin dia ada masalah kot"
setelah 2jam menunggu, sepupuku mghantar sms "mamat,tunggu kat citu...nanti ade pape along btau"

"cis,kenapa tak beritau awal2",bentak diriku
aku lantas mencapai laptopku
aku mula mengarang blog baruku ini
penuh pengertian
penuh penyesalan
penuh kedukaan

aku menekan2 'keyboard' sambil menunggu sepupuku
jam menunjukkan hampir pukul 7
"mane sepupuku aku ni",rungut hati kecilku lagi
tiba2 kakakku menelefonku
dia beritau pakcik aku hampir sampai
terus aku menyimpan laptopku dalam beg galasku
memikirkan aku perlukan laptop untuk menyiapkan asignment yang bertimbun2
aku mencapai beg galas aku
terasa berat hatiku untuk meninggalkan inti
aku gagahkan diriku
melangkah menuruni anak2 tangga
sampainya aku didepan pintu blokA
aku menjenguk mencari kereta Naza Ria pakcikku
"mane ni?",rungut hati kecilku lagi
baru je hati kecil habis merungut,terpacul kereta pakcikku
aku terus menaiki tanpa banyak soal

masuk je ke dalam kereta,aku lihat nenekku
aku salam dan cium tangannya
aku dapat lihat bergenang air di matanya
hatiku mula sebak...aku menangis sepanjang perjalanan pulang......

No comments: