Thursday, May 28

musuh dalam selimut


rosaknya wanita

Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.


a. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas.

b. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam.

c. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam, seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

d. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian, kasut dan lain-lain.

e. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki.

f. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca, dialog dan lain-lainnya.

g. Program perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul, seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita."

Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu."


Tuesday, May 26

aku sedih dengan hatiku

hatiku terkunci
terkunci dari membenarkan mata ini mengalirkan air mata keinsafan
terkunci untuk membenarkan keberkatan ilmu menyelami diri

yaAllah, bagilah aku kunci
kunci yang dapat membuka kembali hatiku yang semakin gelap
kunci yang membolehkan air mata aku bergelinangan kembali
kunci yang meletakkan engkau di kedudukan paling tinggi dalam hati ini
yang meletakkan pesuruhmu di tempat kedua

Wednesday, May 20

dinihari...


gelincirnya sang matahari ke barat
hanya tinggal beberapa jam lagi
sebelum berakhirnya siang ini

siang yang panas dan rimas..
siang yang penuh dengan keluh-kesah..
siang yang menyebabkan manusia lebih gemar berada di rumah..
berehat dan bersantai sambil goyang kaki..

malasnya kian bertambah..
malas untuk menuntut ilmu
malas untuk mencari rezeki
malas untuk beribadah
malas untuk mengambil peduli apa berlaku di sekitarnya
malas untuk keluar menegakkan jalan Allah
malas untuk mengeratkan hubungan
hubungan silaturrahim antara saudara seagama
hubungan kekeluargaan dan persahabatan
malas untuk bersama2 rakannya
saling menasihati dan memberi pandangan

tetapi siang ini sebenarnya bererti
bererti bagi si miskin mencari sesuap rezeki
bererti bagi si kaya mengumpulkan kemewahan dunia
bukan untuk lalai dan leka
tapi untuk dinafkahkan harta pencarian itu
untuk mencari keredhaanNYA
bererti bagi si hamba yang jahil ilmunya
digunakan masa siang itu untuk mencari ilmu
ilmu dunia dan akhirat
demi mencari kejayaan
bukan sekadar kejayaan di dunia
juga kejayaan di akhirat sana
bererti untuk mereka yang mencari2 ketenangan
yang sentiasa berzikir menyebut nama Allah
yang tersentak hati mereka apabila melihat alam ini
alam yang memperlihatkan kebesaran Allah
gunung yang utuh berdiri tanpa tiang
pokok yang menghijau tanpa cat
lautan yang terbentang luas
yang tak terjangkau luasnya
siang ini juga bererti
bererti bagi para da'i
bergerak kesana kemari,
demi menanam satu kalimah di hati manusia
kalimah yang MAHA AGUNG
kalimah yang berbunyi "lailahaillallah muhammadrasulullah"
yang menyedarkan manusia akan kedudukan mereka
kedudukan yang teramat hina,yang teramat lemah disisi Allah


dimanakah kita sekarang?
adakah masa siang kita digunakan dengan sebaik2nya
adakah kita masih terperangkap di tengah2 istana impian
istana yang tak mungkin akan terbina dengan sendirinya
istana yang hanyalah khayalan semata2

sedarlah semua
Allah menciptakan siang itu bekerja dan malamnya untuk berehat
Allah mengetahui apa yang baik untuk hambanya
renung2kanlah

sampai disini sahaja
salam perpisahan dari saya
wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Tuesday, May 19

ummi..........dialah inspirasiku



adikku
bersyukurlah adikku
dirimu duduk di sebelah wanita
wanita yang mengandungkanku
wanita yang berpangkat ibu
wanita yang menjagaku
menyayangiku sepenuh hatinya
wanita yang aku julang tinggi kedudukannya

dialah ibuku
bagiku dia seorang wanita
seorang wanita yang paling aku kenal
seorang wanita solehah
seorang wanita yang takut akan Tuhannya
seorang wanita yang sentiasa mendambakan dirinya untuk si DIA
seorang wanita yang apabila aku bertanya "muka umi bersih, umi pakai pencuci muka ape?"
jawabnya ringkas "wudu'"
seorang wanita yang menjaga batasnya sebagai seorang muslimah
seorang wanita yang sentiasa menasihati anak2nya
nasihat2nya berguna
berbentuk agama

tapi malangnya
anak2nya amat sukar untuk mendengar kata2nya
anak2nya lebih gemar mengikut hawa nafsu

aku masih ingat
satu ketika
aku bertanya ummi
"ummi,macam mana nak elak tengok wanita?"
jawabnya ringkas."kan nabi suruh tundukkan pandangan"

tapi muhammad,engkau bodoh..
engkau menurut hawa nafsumu
engkau biarkan matamu melihat wanita
wanita yang bukan muhrimmu
wanita yang miskin akhlaknya
miskin pakaiannya
wanita yang tak berduit
tak berduit untuk membeli kain yang mencukupi untuk menutupi badan mereka
wanita yang terpaksa memakai pakaian adik2 mereka yang sendat
mereka hidup susah
susah kewangan dan akhlak

muhammad!!!1sedarlah!!!bangkitlah!!!!
ibumu seorang yang solehah
tapi kenapa kamu??kenapa dengan kamu??
jika ibumu boleh jadi seorang anak yang solehah,kenapa tidak kamu?

masih ingatkah kamu akan cerita ibumu?
masih ingatkah cerita ibumu dimarahi datukmu kerana bertudung
tapi ibumu berdegil ingin memakai tudung
masih ingatkah cerita ibumu membeli kain dan menjahit sendiri tudung untuk kawannya yang betul2 ingin memakai tudung di bangku sekolah dulu

begitu kuat semangat dan keimanan ibumu
tapi muhammad,engkau lemah,engkau lembik...

ummi,seorang wanita
dirimu pula seorang lelaki...
tapi kau kalah,kau lebih lemah dari seorang wanita
wanita yang bergelar ibumu...kau kalah kepada seorang wanita yang kau gelarkan sebagai ummi..
kau kalah,kau tewas
muhammad,masa masih banyak lagi
bangunlah,bangkitlah...
berjuanglah.....
insyaAllah.Allah sentiasa bersama hamba2nya yang soleh...

kecurian dan keredhaan

berfirman Allah subhanuwataala dengan kerasnya yang bermaksud
" pencuri lelaki dan pencuri wanita,keratlah tangan mereka"

sehina pencuri disisi Allah
begitu juga diriku membenci pencuri

mereka peroleh rezeki
ya,dengan cara yang teramat mudah
tapi
rezeki yang haram
yang menggelapkan hati mereka
yang menyusahkan orang lain
yang akan membawa mereka ke jurang kebinasaan

Monday, May 18

pergi tak kembali

tanggal 14 mei 2009
jam menunjukkan pukul 2 petang
bermulalah kelas ekonomi seperti biasa

baru je 10minit pelajaran dimulakan
hanset ku bergetar
jangkaanku hanya getaran sms masuk
getaran berterusan
ku lihat no ayahku terpampang keluar di skrin hanset
aku perlu menjawabnya, jenuh hatiku
aku menundukkan sedikit kepalaku
mengelak dari dilihat dan disedari si pensyarah cina dihadapan kelas
aku lantas menekan butang answer

"assalamualaikum ayah",jawabku penuh sopan
ayahku membalas salamku
"minta maaf ayah,saya ada kelas"jawabku lagi
biasanya ayahku akan menjawab "takpe la mamat,nanti ayah call lagi"
tapi ketika itu ayah aku terdiam sementara
dijawabnya "takpe la mamat"
tidak disambung,senyap seketika
aku menanti bila ayah akan berkata"nanti ayah call lagi"
tiba2 ayahku bersuara
"atuk abah dah meninggal"
aku terdiam seketika, kemudian automatik terpacul dari mulutku "Innalillah wainnailaihirabbina lamunkalibun"

aku tergamam,terdiam sementara

perbualan diteruskan
hinggalah aku menekan butang 'end call'

emmmm,fikirku...atukku telah pergi
terus aku sedekahkan Al-Fatihah buatnya

selang beberapa minit kemudian,sepupuku pula menelefon ku
mengkhabarkan berita yang sama
disuruhnya aku bersiap untuk pulang ke kampung

aku hilang fokus untuk belajar
aku paksa diriku untuk belajar juga
aku tak mau bazirkan masa begitu saja

aku tekadkan diri akan keluar masa rehat nanti

selepas 50minit menanti
akhirnya waktunya tiba, tapi lecturer memberitahu tidak ada rehat untuk hari itu
aku pening, kusut "macam mana nak keluar ni",rungutku
kawan disebelah ku menyuruh aku keluar juga
aku lantas akur dengan suruhannya dia
tapi memang aku perlu keluar juga pada masa itu
walau yanpa disuruh sesiapa
aku berjalan terus menuju pintu
tanpa menoleh kepada sesiapa


sampai sahaja dibilik
aku terus mengemas barang2ku
disumbatnya dalam beg galasku
dengan sabar aku menanti ketibaan sepupu
tidak juga datang
pelik
hairan
"tadi kata nak datang jemput",rungut diriku
emmm,aku bersangka baik "mungkin dia ada masalah kot"
setelah 2jam menunggu, sepupuku mghantar sms "mamat,tunggu kat citu...nanti ade pape along btau"

"cis,kenapa tak beritau awal2",bentak diriku
aku lantas mencapai laptopku
aku mula mengarang blog baruku ini
penuh pengertian
penuh penyesalan
penuh kedukaan

aku menekan2 'keyboard' sambil menunggu sepupuku
jam menunjukkan hampir pukul 7
"mane sepupuku aku ni",rungut hati kecilku lagi
tiba2 kakakku menelefonku
dia beritau pakcik aku hampir sampai
terus aku menyimpan laptopku dalam beg galasku
memikirkan aku perlukan laptop untuk menyiapkan asignment yang bertimbun2
aku mencapai beg galas aku
terasa berat hatiku untuk meninggalkan inti
aku gagahkan diriku
melangkah menuruni anak2 tangga
sampainya aku didepan pintu blokA
aku menjenguk mencari kereta Naza Ria pakcikku
"mane ni?",rungut hati kecilku lagi
baru je hati kecil habis merungut,terpacul kereta pakcikku
aku terus menaiki tanpa banyak soal

masuk je ke dalam kereta,aku lihat nenekku
aku salam dan cium tangannya
aku dapat lihat bergenang air di matanya
hatiku mula sebak...aku menangis sepanjang perjalanan pulang......

Thursday, May 14

perjalanan masih jauh....


assalamualaikum semua
salam perjuangan
salam persahabatan
salam perpaduan
salam keimanan
salam kerinduan
salam penuh kasih sayang
salam kebahgiaan
salam permulaan
salam seorang islam
untuk saudara islamnya yang lain




kembali daku
kembalinya utk kedamaian,keamanan
kembalinya penuh kesegaran
umpama daunan hijau di subuh hari
dihiasi titisan embun pagi
berkilau, jernihnya embun itu
begitulah diriku

lesu!!bingung!!
aku tekad
aku mau kembali
aku tak mau lari dari masalah
bukan bermakna aku nak mencari masalah
hanya satu yang aku tau
aku perlu,pasti,wajib mengharungi masalah itu
untuk hidup di dunia
dunia yang fana
dunia penuh maksiat dan nafsu
dunia yang penuh kenikmatan
nikmat yang membuatkan manusia LESU,BINGUNG

sedarlah wahai diriku dan juga kawan2ku
mati itu pasti
pasti yang memang teramat pasti
nak mati,pasti mati
taknak mati jugak mati

mati??apa itu mati?
persoalan yang akan kita bincangkan nanti
insyaAllah...

assalamualaikum semua
akan kembali lagi
insyaAllah.....