rosaknya wanita Berita-berita media massa, sama ada media cetak mahupun elektonik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dalam membela kaum kewanitaan melalui tajuk-tajuk yang diperlukan wanita dan kononnya untuk membela hak-hak wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita-wanita yang tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah. a. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas. b. Mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai-nilai syariat dan budaya Islam. c. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam, seperti kehidupan para artis dan penyanyi. d. Mengikuti fesyen-fesyen baru sama ada dalam pakaian, kasut dan lain-lain. e. Menyeru wanita muslimah untuk bekerja di luar rumah dan bercampur dengan lelaki. f. Mengajari wanita tentang cara-cara menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dalam ruangan majalah atau akhbar yang diberi nama: sastera, pena pembaca, dialog dan lain-lainnya. g. Program perkenalan antara remaja yang mendorong mereka untuk saling berkirim surat dan gambar dan seterusnya merangsang kepada pergaulan bebas. Paul, seorang misionari jerman (1879), pernah berkata: "Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan Islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan di barisan kita." Muhammad Thala'at Harb Basya dalam kitabnya Al-Mar'atu wal Hijab berkata: "Sesungguhnya penghilangan hijab dan percampuran laki-laki dan wanita adalah dua perkara yang menjadi impian bangsa Eropah (Barat) sejak dulu." |
3 comments:
betul.
emmmm,renung2kanlah afe...
sya stuju...smga kita sntiasa mntarbiyyah diri ke arah yg lbh baik...utk mujahidah2 solehah di luar sna ketahuilah hijab & batasan prgaulan yg d tetapkan Allah bkn lah bererti utk mmberi kesusahan kpda kita ttpi utk meletakkan kita (WANITA) di tmpt @ drjat yg tngii, utk memuliakan kita & yg plg pntg utk memlihara maruah kita krna trletaknya ketinggian martabat ssorg wanita itu adlh menerusi ktinggiah akhlak, maruah & budi pekrti.. insyAllah...wallahualam..
Post a Comment