Tuesday, May 19
ummi..........dialah inspirasiku
adikku
bersyukurlah adikku
dirimu duduk di sebelah wanita
wanita yang mengandungkanku
wanita yang berpangkat ibu
wanita yang menjagaku
menyayangiku sepenuh hatinya
wanita yang aku julang tinggi kedudukannya
dialah ibuku
bagiku dia seorang wanita
seorang wanita yang paling aku kenal
seorang wanita solehah
seorang wanita yang takut akan Tuhannya
seorang wanita yang sentiasa mendambakan dirinya untuk si DIA
seorang wanita yang apabila aku bertanya "muka umi bersih, umi pakai pencuci muka ape?"
jawabnya ringkas "wudu'"
seorang wanita yang menjaga batasnya sebagai seorang muslimah
seorang wanita yang sentiasa menasihati anak2nya
nasihat2nya berguna
berbentuk agama
tapi malangnya
anak2nya amat sukar untuk mendengar kata2nya
anak2nya lebih gemar mengikut hawa nafsu
aku masih ingat
satu ketika
aku bertanya ummi
"ummi,macam mana nak elak tengok wanita?"
jawabnya ringkas."kan nabi suruh tundukkan pandangan"
tapi muhammad,engkau bodoh..
engkau menurut hawa nafsumu
engkau biarkan matamu melihat wanita
wanita yang bukan muhrimmu
wanita yang miskin akhlaknya
miskin pakaiannya
wanita yang tak berduit
tak berduit untuk membeli kain yang mencukupi untuk menutupi badan mereka
wanita yang terpaksa memakai pakaian adik2 mereka yang sendat
mereka hidup susah
susah kewangan dan akhlak
muhammad!!!1sedarlah!!!bangkitlah!!!!
ibumu seorang yang solehah
tapi kenapa kamu??kenapa dengan kamu??
jika ibumu boleh jadi seorang anak yang solehah,kenapa tidak kamu?
masih ingatkah kamu akan cerita ibumu?
masih ingatkah cerita ibumu dimarahi datukmu kerana bertudung
tapi ibumu berdegil ingin memakai tudung
masih ingatkah cerita ibumu membeli kain dan menjahit sendiri tudung untuk kawannya yang betul2 ingin memakai tudung di bangku sekolah dulu
begitu kuat semangat dan keimanan ibumu
tapi muhammad,engkau lemah,engkau lembik...
ummi,seorang wanita
dirimu pula seorang lelaki...
tapi kau kalah,kau lebih lemah dari seorang wanita
wanita yang bergelar ibumu...kau kalah kepada seorang wanita yang kau gelarkan sebagai ummi..
kau kalah,kau tewas
muhammad,masa masih banyak lagi
bangunlah,bangkitlah...
berjuanglah.....
insyaAllah.Allah sentiasa bersama hamba2nya yang soleh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment