Thursday, December 23

dimanakah kita meletakkan cinta..

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...apa khabar semua?harap2 kawan2,sahahat2,saudara2 dan seluruh muslimin dan muslimat di luar sana sihat2 sahaja...:-)

dimulakan penulisan di pagi ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

malam hadir gelap gelita,
diterangi cahaya sang pelita;
apabila manusia tidak faham apa itu cinta,
maka hati mereka menjadi buta..

bila sebut pasal cinta, kebanyakan orang akan gelabah,buntu,tersipu,terdiam,termenung...

apakah itu cinta?

bagi aku cinta itu adalah perasaan sayang,suka,ingin dimiliki,ingin memiliki dan bermacam2 lagi..ianya fitrah seorang manusia...bagi orang seperti aku,cinta sentiasa mendampingi aku..kerana aku faham apa itu cinta...

apa pula bercinta?

pendapat aku mengenai bercinta adalah tindakan kita dalam meluahkan perasaan cinta itu..contohnya apa?contohnya macam meluahkan perasaan,berpegangan tangan,memberi hadiah...itulah bercinta...

aku dilahirkan sebgai manusia biasa dan Alhamdulillah aku dijadikan Allah antara orang yang suka mengkaji manusia lain..seronoknya rasanya bila kita faham macam mana diri manusia ni berfungsi...

so apakah cinta dan bercinta dalam islam?jom kita lihat...betul ke tiada cinta dan bercinta sebelum kahwin?ye ker?...ingatlah Allah menjadikan kita sbg manusia biasa,dan Allah juga menjadikan islam itu selari dengan fitrah seorang manusia..tidak pernah sesekali islam itu bertentangan dengan fitrah kita sebagai seorang manusia...

wujudkah cinta sebelum kahwin?..mesti lah ada...cinta xpernah salah,memang naluri kita akan jatuh hati kepada seseorang yang kita suka...kan aku dah btau yg cinta itu hanyalah perasaan..so perasaan semata2 tak salah...tapi kebelakangan ni,muncul sebahagian besar orang islam yang menolak cinta...alasan mereka cinta itu akan membawa mereka kepada berkapel,berzina dan sebagainya...tidak,mereka salah sama sekali..cinta tidak akan sesekali membawa mereka kepada kemaksiatan..

so apakah yg membawa mereka kepada maksiat?yang membawa mereka kepada maksiat adalah bercinta dengan cara yang salah..apabila perasaan itu mula diluahkan dengan cara yang tak sepatutnya dan disusuli dengan lain2 perbuatan...

tapi betul ke xda langsung bercinta sebelum kahwin?..emmmm,ada lah...nak tahu tak apa maksud aku bercinta sebelum kahwin?...antara contoh bercinta sebelum kahwin adalah betunang..bukankah bila bertunang kita menyatakan hasrat kita ingin memiliki bakal pasangan kita itu..so itu juga dikira bercinta sebelum kahwin...terperanjat?kan islam itu indah..

kan aku dah beritahu,islam sama sekali tidak berlawanan dengan fitrah kita..

kalau hati sudah berkenan,pergilah bertunang dahulu...then kalau rasa xtahan,asyik2 rasa nak luah perasaan cinta n rasa nak jumpa, tu maknanya dah wajib kahwin..then kahwin je lah..emmm,bila cerita pasal kahwin ni manusia dah makin jauh dengan islam..mereka memberatkan perkahwinan,tu yang ramai sgt berzina tu...pasal pemberatan perkahwinan ni,insyaAllah aku akan cerita di lain kali pulak..

kadang2 ada manusia yang cakap "aku xnak kejar cinta manusia,aku nak kejar cinta Ilahi"...hehehe..kelakarlah pulak,dorang ni tolak fitrah manusia ke apa?kita ni bukan malaikat lah,kita ni manusia..sepatutnya dorg xcakap "saya nak kejar cinta manusia yang membawa saya kepada cinta Ilahi"..baru lah betul..barulah nampak kita ni manusia biasa,manusia yang mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah...

patutlah ramai manusia kat luar sana yang asyik bercerai-berai..mereka tidak faham apakah itu cinta dan bercinta dengan erti kata yang sebenarnya...apalah korang ni,cuba gak duduk sorang2 fikir dan kaji pasal manusia lain...barulah korang faham bagaimana cinta didalam islam sebenarnya...

sekali lagi sya nasihatkan manusia2 di luar sana,kita ni bukan malaikat..kita ni manusia biasa,punya bnyak fitrah...jgn sesekali buang fitrah tapi biarlah fitrah kita itu mengikut sebetul2nya apa yang ada dlam Al-quran dan Assunnah..insyaAllah barulah mudah kita nak menuju syurga yang kekal abadi..

sekian nukilan dari aku yang xseberapa ni..moga sihat2 selalu n berjumpa dilain kali..assalamualaikum semua:-)

No comments: