assalamualaikum
hari ni hari ahad,19sept2010 6:50pagi..nampaknya aku akan berkarya lagi di pagi yang agak buta ni..ni pun atas permintaan sorg kakak kawan aku...ingatkan nak tangguh dulu nukilan ni, tapi rasanya agak penting untuk aku memulakan nukilan ni agak awal wlaupun dijangka xdapat disiapkan pagi ni..
kisahnya bermula disuatu malam yg hening di bumi Melbourne...keliru hati ingin menyelesaikan satu masalah besar yg melanda diri ini, masalah kapel yang juga melanda diri remaja2 lain...perjalanan aku kerumah di park drive untuk berjumpa seorang sahabat, demi menyelesaikan masalah yang membelenggu hati ni..demi mencari jawapan samaada patutkah aku tinggalkan si dia atau aku meneruskan hubungan ini mengikut cara islam...
setibanya aku di rumah sahabatku itu, aku dijemput dan diajak ke biliknya..dikesempatan itu kami sempat berborak sebelum aku menanti masa yang sesuai utk menceritakan masalah ku kepadanya...berjaya juga aku mencelah dan menceritakan masalh ku kepadanya...
aku masih igt lagi jawapan beliau kepada aku "sepatutnya memang enta kena tinggalkan si dia"..lantas aku menjawab, "insyaAllah ana boleh tinggalkan dia tapi bgaimana pula dengan dia?kasihan pula dia tiba2 ditinggalkan sebegitu?" wlaupun sbnarnya agak berat bgi aku utk meninggalkan si dia tapi kalau itu yg diajar islam,aku akan pasrah...aku pun bercerita yang si dia ada menyimpan niat utk jadi baik dan menjadi isteri solehah...maka beliau menjawab lagi "ajarkanlah dia mengenai islam yangg sebenar dan kalau dia terima ajaran tu, kekalkanlah hbungan ini dengan cara islam"...Alhamdulillah,lega hati ku tapi aku tertnya2 apakah "islam sebenar" yang beliau maksudkan ini..setakat kefahaman aku, aku fikir kita mesti menjadi seorang yg beriman sudah dikira benar2 islam...
beliau bertanyakan aku kembali "enta faham x apa islam yang sebenar?"..aku tercengang, xtahu nk jawap..ada 2,3 idea datang mgenai islam sebenar tapi yang mana satu harus aku lontarkan..aku keliru dan bingung..aku terdiam..
selepas itu beliau mula bercerita mengenai kalimah SYAHADAH, syurga, neraka, taghut, perjalanan 13tahun hidup Rasulullah saw untuk menanam dan memahamkan para sahabat mengenai kalimah SYAHADAH dan pelbagai lagi perkara yg berkaitan...
akhirnya aku faham apa yang ingin disampaikan oleh beliau(tapi ni ikut kefahaman aku dan kefahaman manusia adalah berbeza2)..antaranya adalah:
1.tak ramai yg faham maksud sebenar kalimah SYAHADAH..ramai yang faham makna kasar iaitu "tiada tuhan melainkan Allah,Muhammad pesuruh Allah"...ramai melayu faham tuhan sebagai RAB sedangkan didalam kalimah SYAHADAH menggunakan perkataan ILAH..
bezanya RAB dengan ILAH ni...
RAB:mengakui Allah itu yang menjadikan segala sesuatu di atas muka bumi dan Allah berkuasa keatas segala2nya..dari perkataan RAB munculnya kalimah tauhid rububiyyah..sebab tu kalimah SYAHADAH tak menggunakan RAB sebab ramai diantara kita memang mengakui ALLAH itu yang mnciptakan dan berkuasa diatas segalanya.maka kalau camtu,mmg mudah org nk masuk syurga...
ILAH:pengabdian sepenuhnya..yakin,cinta,takut,pengharapan,taat setia(dan lain2) kepada sesuatu semata2..maknanya kalau kita cinta seseorg,kita cinta kerana Allah...kalau takut sesuatu,kita takut kerana Allah..kita taat sesuatu,kita taat kerana Allah...dan dari perkataan ni lahir tauhid uluhiyyah.
2.kalimah SYAHADAH ni rukun islam pertama dan kalimah yang akan membawa kita ke syurga(walaupun sebanyak mana dosa dan azab kita terima di akhirat). kalau kita xfaham maksud sebenar SYAHADAH, maka telah gagal kita dalam rukun islam yang pertama. dan jikalau gagal rukun islam yg pertama maka sia2 amalan kita,kemungkinan besar kita ini telah menjadi bukan islam dan xakan dapat masuk syurga langsung (sebab kita sama seperti org kafir)...disitu dapat dilihat salah faham melayu bahawa kalau kita islam kita akan masuk syurga last2 nanti,selepas diseksa di neraka..tapi ketahuilah neraka itu teramat pedih azabnya dan kita sendiri xtahu adakah kita ini "islam", kalau kalimah SYAHADAH pun kita xfham...
3.konsep ILAH. kita bersaksi tiada ILAH melainkan ALLAH...dalam sedar xsedar kita telah bnyak mengILAHkan benda selain Allah.contohnya kita mengILAHkan nafsu kita, kita mengILAHkan duit contohnya kita yakin bahawa duit yg dapat bagi kebahagiaan sedangkan Allah yg bagi kebahagiaan sebenarnya tapi kita kena ingat telah dijdikan sunnatullah alam, kalau nak beli barang mesti guna duit:-)...cuba kalian fikir,bukankah bila kita mengILAHkan banyak perkara selain Allah bermakna kita telah syirik@kafir dan tempat bagi pensyirik atau kafir adalah di neraka selama2nya..disarankan supaya kita memperbaharui SYAHADAH kita setiap masa, takut2 apa yang kita lakukan telah mensyirikkan kita dengan Allah.takut kita ke neraka selama2nya.
4.walaupun ramai org yg beribadah, yakin, takut, cinta, mengharap, taat setia kepada Allah tapi mereka tidak tahu dari mana asalnya semua perkara yang mereka lakukan itu,,sepatutnya mereka perlu ambil tahu bahawa apa yg mereka buat sebenarnya berpunca/lahirnya/kesannya dari kalimah SYAHADAH yang mereka ucapkan selama ini..
5.tugas kita bukan setakat simpan dan menyampaikan SYAHADAH tetapi perlu memahamkan tentang SYAHADAH..macam mana kalau kita nak fahamkan org lain kalau kita sendiri tidak faham sebenar2nya...itulah yang Rasulullah saw tanamkan dalam jiwa para sahabat selama 13tahun dan mereka berpegang pada pegangan itu dan mereka berjaya sehingga berjaya menakluk 2/3 dunia(demi memahamkan kalimah ini kepada manusia lain)..
6.beliau juga ada menceritakan serba sedikit mengenai perbezaan antara orang yang buat dosa tapi faham kalimah SYAHADAH dengan orang yang buat dosa dan tidak faham akan kalimah SYAHADAH. orang yang faham kalimah ni tapi still buat dosa still akan masuk syurga selepas kena seksa di neraka tapi group lagi satu akan ke neraka selama2nya...aku pun xfaham sgt tentang ni tapi insyaAllah kalau aku betul2 dah faham,aku akan ceritakan nanti.
aku sekarang ni tengah risau pasal perkara ni sebab kalimah ni penentu antara kita kekal selama2nya dalam neraka atau kita akan ke syurga selepas kita diseksa atas dosa2 kita. tapi mtk jauh dari diseksa sebab neraka tu tersangat pedih dan perit..aku sekarang tengah nk teguhkan SYAHADAH ni dalam diri aku dan memahamkan apa yang aku faham kepada family dan saudara2 terdekat aku.aku xsanggup biar orang yang aku kenal masuk neraka selama2nya...dan kawan2 semua,janganlah pandang kecil perkara ini..para sahabat nabi saw betul2 faham perkara ni dan memahamkan manusia lain(menakluk 2/3 dunia) sebab dorg sayang seluruh umat ni,dorg xsanggup biar manusia lain masuk neraka selama2nya..
rasanya itulah serba sedikit yang aku dapat simpulkan serba sedikit mengenai kefahaman aku dan maafkanlah dan tegurlah aku andai aku tersilap.kerana sesungguhnya yang jahil dan hina itu datang dari diri aku sendiri..
sekian sahaja nukilanku kali ini...assalamualaikum