Sunday, September 19

kalimah itu..kita ambil mudah tapi "mereka" ambil berat mengenainya..

assalamualaikum

hari ni hari ahad,19sept2010 6:50pagi..nampaknya aku akan berkarya lagi di pagi yang agak buta ni..ni pun atas permintaan sorg kakak kawan aku...ingatkan nak tangguh dulu nukilan ni, tapi rasanya agak penting untuk aku memulakan nukilan ni agak awal wlaupun dijangka xdapat disiapkan pagi ni..

kisahnya bermula disuatu malam yg hening di bumi Melbourne...keliru hati ingin menyelesaikan satu masalah besar yg melanda diri ini, masalah kapel yang juga melanda diri remaja2 lain...perjalanan aku kerumah di park drive untuk berjumpa seorang sahabat, demi menyelesaikan masalah yang membelenggu hati ni..demi mencari jawapan samaada patutkah aku tinggalkan si dia atau aku meneruskan hubungan ini mengikut cara islam...

setibanya aku di rumah sahabatku itu, aku dijemput dan diajak ke biliknya..dikesempatan itu kami sempat berborak sebelum aku menanti masa yang sesuai utk menceritakan masalah ku kepadanya...berjaya juga aku mencelah dan menceritakan masalh ku kepadanya...

aku masih igt lagi jawapan beliau kepada aku "sepatutnya memang enta kena tinggalkan si dia"..lantas aku menjawab, "insyaAllah ana boleh tinggalkan dia tapi bgaimana pula dengan dia?kasihan pula dia tiba2 ditinggalkan sebegitu?" wlaupun sbnarnya agak berat bgi aku utk meninggalkan si dia tapi kalau itu yg diajar islam,aku akan pasrah...aku pun bercerita yang si dia ada menyimpan niat utk jadi baik dan menjadi isteri solehah...maka beliau menjawab lagi "ajarkanlah dia mengenai islam yangg sebenar dan kalau dia terima ajaran tu, kekalkanlah hbungan ini dengan cara islam"...Alhamdulillah,lega hati ku tapi aku tertnya2 apakah "islam sebenar" yang beliau maksudkan ini..setakat kefahaman aku, aku fikir kita mesti menjadi seorang yg beriman sudah dikira benar2 islam...

beliau bertanyakan aku kembali "enta faham x apa islam yang sebenar?"..aku tercengang, xtahu nk jawap..ada 2,3 idea datang mgenai islam sebenar tapi yang mana satu harus aku lontarkan..aku keliru dan bingung..aku terdiam..

selepas itu beliau mula bercerita mengenai kalimah SYAHADAH, syurga, neraka, taghut, perjalanan 13tahun hidup Rasulullah saw untuk menanam dan memahamkan para sahabat mengenai kalimah SYAHADAH dan pelbagai lagi perkara yg berkaitan...

akhirnya aku faham apa yang ingin disampaikan oleh beliau(tapi ni ikut kefahaman aku dan kefahaman manusia adalah berbeza2)..antaranya adalah:

1.tak ramai yg faham maksud sebenar kalimah SYAHADAH..ramai yang faham makna kasar iaitu "tiada tuhan melainkan Allah,Muhammad pesuruh Allah"...ramai melayu faham tuhan sebagai RAB sedangkan didalam kalimah SYAHADAH menggunakan perkataan ILAH..
bezanya RAB dengan ILAH ni...

RAB:mengakui Allah itu yang menjadikan segala sesuatu di atas muka bumi dan Allah berkuasa keatas segala2nya..dari perkataan RAB munculnya kalimah tauhid rububiyyah..sebab tu kalimah SYAHADAH tak menggunakan RAB sebab ramai diantara kita memang mengakui ALLAH itu yang mnciptakan dan berkuasa diatas segalanya.maka kalau camtu,mmg mudah org nk masuk syurga...
ILAH:pengabdian sepenuhnya..yakin,cinta,takut,pengharapan,taat setia(dan lain2) kepada sesuatu semata2..maknanya kalau kita cinta seseorg,kita cinta kerana Allah...kalau takut sesuatu,kita takut kerana Allah..kita taat sesuatu,kita taat kerana Allah...dan dari perkataan ni lahir tauhid uluhiyyah.

2.kalimah SYAHADAH ni rukun islam pertama dan kalimah yang akan membawa kita ke syurga(walaupun sebanyak mana dosa dan azab kita terima di akhirat). kalau kita xfaham maksud sebenar SYAHADAH, maka telah gagal kita dalam rukun islam yang pertama. dan jikalau gagal rukun islam yg pertama maka sia2 amalan kita,kemungkinan besar kita ini telah menjadi bukan islam dan xakan dapat masuk syurga langsung (sebab kita sama seperti org kafir)...disitu dapat dilihat salah faham melayu bahawa kalau kita islam kita akan masuk syurga last2 nanti,selepas diseksa di neraka..tapi ketahuilah neraka itu teramat pedih azabnya dan kita sendiri xtahu adakah kita ini "islam", kalau kalimah SYAHADAH pun kita xfham...

3.konsep ILAH. kita bersaksi tiada ILAH melainkan ALLAH...dalam sedar xsedar kita telah bnyak mengILAHkan benda selain Allah.contohnya kita mengILAHkan nafsu kita, kita mengILAHkan duit contohnya kita yakin bahawa duit yg dapat bagi kebahagiaan sedangkan Allah yg bagi kebahagiaan sebenarnya tapi kita kena ingat telah dijdikan sunnatullah alam, kalau nak beli barang mesti guna duit:-)...cuba kalian fikir,bukankah bila kita mengILAHkan banyak perkara selain Allah bermakna kita telah syirik@kafir dan tempat bagi pensyirik atau kafir adalah di neraka selama2nya..disarankan supaya kita memperbaharui SYAHADAH kita setiap masa, takut2 apa yang kita lakukan telah mensyirikkan kita dengan Allah.takut kita ke neraka selama2nya.

4.walaupun ramai org yg beribadah, yakin, takut, cinta, mengharap, taat setia kepada Allah tapi mereka tidak tahu dari mana asalnya semua perkara yang mereka lakukan itu,,sepatutnya mereka perlu ambil tahu bahawa apa yg mereka buat sebenarnya berpunca/lahirnya/kesannya dari kalimah SYAHADAH yang mereka ucapkan selama ini..

5.tugas kita bukan setakat simpan dan menyampaikan SYAHADAH tetapi perlu memahamkan tentang SYAHADAH..macam mana kalau kita nak fahamkan org lain kalau kita sendiri tidak faham sebenar2nya...itulah yang Rasulullah saw tanamkan dalam jiwa para sahabat selama 13tahun dan mereka berpegang pada pegangan itu dan mereka berjaya sehingga berjaya menakluk 2/3 dunia(demi memahamkan kalimah ini kepada manusia lain)..

6.beliau juga ada menceritakan serba sedikit mengenai perbezaan antara orang yang buat dosa tapi faham kalimah SYAHADAH dengan orang yang buat dosa dan tidak faham akan kalimah SYAHADAH. orang yang faham kalimah ni tapi still buat dosa still akan masuk syurga selepas kena seksa di neraka tapi group lagi satu akan ke neraka selama2nya...aku pun xfaham sgt tentang ni tapi insyaAllah kalau aku betul2 dah faham,aku akan ceritakan nanti.


aku sekarang ni tengah risau pasal perkara ni sebab kalimah ni penentu antara kita kekal selama2nya dalam neraka atau kita akan ke syurga selepas kita diseksa atas dosa2 kita. tapi mtk jauh dari diseksa sebab neraka tu tersangat pedih dan perit..aku sekarang tengah nk teguhkan SYAHADAH ni dalam diri aku dan memahamkan apa yang aku faham kepada family dan saudara2 terdekat aku.aku xsanggup biar orang yang aku kenal masuk neraka selama2nya...dan kawan2 semua,janganlah pandang kecil perkara ini..para sahabat nabi saw betul2 faham perkara ni dan memahamkan manusia lain(menakluk 2/3 dunia) sebab dorg sayang seluruh umat ni,dorg xsanggup biar manusia lain masuk neraka selama2nya..

rasanya itulah serba sedikit yang aku dapat simpulkan serba sedikit mengenai kefahaman aku dan maafkanlah dan tegurlah aku andai aku tersilap.kerana sesungguhnya yang jahil dan hina itu datang dari diri aku sendiri..

sekian sahaja nukilanku kali ini...assalamualaikum

aurat oh aurat

assalamualaikum:-)

apa khabar hari ni?harap semua sihat...Alhamdulillah aku sihat disini:-)

hari ni ahad,19sept2010,pukul 5:35 aku nak cerita sikit sedikit tentang salah satu antara masalah hidup aku dan harap2 adalah sesiapa yang boleh tolong:-)

kisahnya begini, aku ni dari dulu smpai sekarang mmg sensitif pasal aurat ni...mmg dari dulu xbole tgok aurat.aku xnak tgok bukan sbb aku ni mudah steam(trangsang) tapi bila aku tgok/layan/buat2 biasa dengan aurat ni, hati aku rasa xsedap...aku dapat rasa ada titik2 hitam baru mula membuat onar dihati aku.

aku xtahulah kalau aku ni xnormal atau hati aku cukup sensitif..sbb aku pelik tgok kebanyakan kawan2 aku kat luar sana, dorg rilek je tgok..xda pun dorg sibuk nk tundukkan pndangan,xda pun dorg rasa movie tu penuh dengan aurat, dorg rilek je stalk fb prmpuan lain( yg bnyak dedah aurat) dan yg paling penting aku tgok dorg cam dah lali je ngan aurat ni..xda pulak aku tgok hati dorg rosak sbb dorg still lagi bgun awal subuh, still lagi mengaji...dorg mcm ok je..kalau aku ni, sekali aku biar mata ni tgok aurat,mesti lepastu hati hitam super smpai nk mengaji dan bangun awal subuh pun susah...

kadang2 terfikir jgak, perlukah aku jadi cam dorg..membiasakan diri dengan aurat,tgok movie bnyak2,lali dengan aurat,xyah tunduk pandangan....aku trfikir mcm mana aku nak kerja nanti sedangkan ujian aku sebegini rupa..tapi aku yakin Allah yang akan mmbntu aku kalau aku taat akan perintahnya supaya tak tgok aurat:-)..kalaulah ini ujian Allah untuk aku, aku akan cuba menerimanya kerana tanda2 org beriman itu adalah mereka diuji dan mereka sabar dengan ujian mereka:-)...

harap2 aku akan terus tabah meneruskan hidup ni,insyaAllah:-)...

sekian shja nukilanku dipagi buta, di bumi Melbourne..sekian semua,assalamualaikum

Thursday, September 16

Kalimah Agung

ceritanya mengenai satu kalimah agung yang ku temui dibumi Melbourne..

ianya bukan mengenai kenalnya,tahunya aku trhadap kalimah itu tetapi pemahaman terhadap kalimah itu sebenarnya....

bergegar dunia jika diucapkan kalimah itu dengan sepenuh hati dan faham maksudnya...
owh,patutlah kalau kita ucap,bumi xnak bergegar..rupa2nya sebab kita xfham mksud tersirat kalimah agung tu..

apa kalimah tu?

"lailahaillallah muhammad rasulullah"

ya Allah,bila dapat tahu mkna tersirat kalimah ni baru terasa sebagai seorang muslim yg benar2 islam...

hnya kalimah ni yang dapat bawa diri ni masuk syurga Allah...
tengah risau ni,cmne lah keadaan org yg just tahu ucap je tapi xtahu mkna tersirat...cmne nk istihar kita ni islam kalau rukun islam yang pertama pun kita xfham mksud dengan sebetul2nya...

kalau rukun islam first ni fail,bukan islam la jawapnya...n neraka la jawapnya..nauzubillah...

so jom kita pakat blajar rukun islam pertama ni betul2 dulu..jom:-)